146
SEMASA melakukan latihan untuk sebuh persembahan, penyanyi kumpulan ILY:1 iaitu Ara dilaporkan mengalami kecederaan sehingga membataskan pergerakannya.
Atas alasan tersebut, pemilik nama sebenar Lee Yun-ji itu diminta berehat daripada sebarang aktiviti sehingga benar-benar pulih.
Agensinya, FCENM bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai kecederaan mahupun kondisi terkini penyanyi terbabit.
Mereka hanya memaklumkan aktiviti kumpulan itu akan terus bergerak dengan lima ahli lain dalam sebarang aktiviti terdekat. – HIBGLAM