Anak lelaki Bella, Aliff pun cemerlang!

JIKA sebelum ini anak lelaki Puteri Sarah dan Syamsul Yusof cemerlang dalam keputusan peperiksaan, kini giliran anak Bella Astillah bersama Aliff Aziz pula.

Semuanya bermula apabila Bella berkongsi kegembiraaan apabila anak sulungnya, Ayden Adrean berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan tahun satu, terutama untuk subjek Pendidikan Islam baru-baru ini.

Kongsi Bella, Ayden berjaya meraih markah 94/100 dalam subjek Pendidikan Islam menjadikan itu pencapaian tertinggi antara semua subjek.

“Bangga dengan kesayangan (Ayden) saya. Markah paling tinggi ialah Pendidikan Islam. 

“Terus belajar rajin-rajin dan menjadi anak lelaki yang baik akhlaknya, insya-Allah,” katanya.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok