62
MENJADI nampaknya bisnes aksesori yang dijalankan semula pendakwah selebriti sensasi, Da’i Syed.
Berdasarkan penelitian menerusi laman sosial yang menjadi medan lelaki terbabit mempromosikan produk, memang sambutan meriah.
Jenuh Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful membungkus barangan ditempah pelanggan sebab sangat banyak.
Dia dan isteri, Hana Ismail pun rajin mempromosikan aksesori mereka. Mizz Lahar pun sempat curi-curi tengok kalau ada yang berkenan.
Cuma yang tak sedap ada bunyi-bunyi kurang puas hati segelintir pihak terhadap individu yang didakwa menyokong bisnes Syed.
Mizz Lahar: Perniagaan seorang selebriti dikatakan terkena sihir sampai pelanggan tak nampak kedainya buka atau tutup.