Aduh! Aeril Zafrel pun terjebak fesyen ‘old money’

ENTAH kenapa, baru-baru ini kecoh tentang fesyen gaya ‘old money’ menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial.

Semuanya gara-gara kemunculan sekumpulan individu mendakwa mahu menghangatkan aliran fesyen tersebut di Malaysia.

Jika dilihat, gaya tersebut memperlihatkan golongan lelaki memakai kemeja dan seluar panjang serta sehelai kardigan yang diletakkan pada bahagian bahu. Lucunya, pelakon Aeril Zafrel turut tidak ketinggalan mengikuti trend tersebut dengan menggayakan fesyen ‘old money’ tetapi versi bikin pecah perut!

Mana tidaknya, ketika semua memakai kardigan, Aeril menggantikannya dengan seluar!

“Ini bukan fesyen ‘old money’ tapi sudah jadi ‘old money collector’. Dia guna seluar baju Melayu ke tu? Elok jadi ‘oldtown’ sahajalah bang,” seloroh netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok