2 jam dicium, diraba tanpa rela

ANGGOTA Madein, Gaeun mencuri perhatian ramai apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual majikannya selepas menyatakan hasrat mahu meninggalkan kumpulan tersebut.

Idola berusia 19 tahun itu mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif 143 Entertainment melakukan perbuatan itu selepas meminta dia menjadi teman wanita selama sehari sebagai balasan terhadap permintaan meninggalkan Madein.

Saya memaklumkan mahu meninggalkan Madein tapi dia letakkan syarat saya perlu menjadi teman wanitanya selama sehari. Saya dicium secara paksa dan diraba walaupun menolak berulang kali.

“Saya merayu supaya dia hentikan perbuatan itu tetapi dia terus melakukannya selama dua jam,” katanya menerusi satu rancangan temu bual.

Sementara itu, 143 Entertainment menyangkal dakwaan Gaeun dan menyifatkannya fitnah berat terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Kami tegaskan tiada gangguan atau sebarang bentuk hubungan seksual secara paksaan membabitkan ahli Madein dan CEO 143 Entertainment.

“Kandungan yang dilaporkan adalah berdasarkan salah tafsir individu-individu lain dan bukannya oleh ahli terlibat dan kami ingin menegaskan sekali lagi tuduhan itu tidak berasas” ujar wakil agensi. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok