BINTANG bola sepak dan selebriti terkenal Kim Min-jae mengejutkan industri hiburan Korea Selatan apabila mengumumkan sudah bercerai dengan isterinya.
Perkara tersebut turut disahkan agensinya, Orange Ball yang berharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya melihat Min-jae tidak lagi bersama isterinya.
“Setelah membuat pertimbangan secara teliti, Min-jae telah memutuskan untuk mengakhiri perkahwinannya dan telah melengkapkan proses perceraian secara baik.”
Kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan perbezaan personaliti dan akan terus menyokong satu sama lain.
“Sebagai ibu bapa, mereka meletakkan anak-anak sebagai keutamaan dan akan terus melakukan yang terbaik,” katanya.
Jejaka berusia 27 tahun itu berkahwin pada 2020 dengan wanita bukan selebriti.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.
Susulan pendedahan itu, netizen memberikan pelbagai respons selain berharap Min-jae dan bekas isteri bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Malah, ramai menyifatkan Min-jae sebagai duda hot. – HIBGLAM