PELAKON Anzalna Nasir berharap orang ramai tidak melampaui batas dalam meninggalkan komen terhadap kes perceraian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Kata Nur Anzalna Md Nasir, 36, sebagai manusia kita hanya perlu berdoa tanpa mengambil tahu masalah rumah tangga orang lain.
Doakan yang baik-baik untuk mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu masalah dalaman rumah tangga.
“Fokus kehidupan sendiri, tak perlu masuk campur.
Hari ini, hari mereka. Esok lusa hari kita pula,” katanya menerusi Instagram.
Dalam masa sama, finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu menitipkan doa buat Fazura dan Fattah agar tabah menempuhi ujian mendatang.
Semoga terus kuat Fazura dan Fattah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.
Semalam, perkahwinan Fazura dan Fattah yang dibina selama tujuh tahun terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM