‘Tak ada masalah pun ada uban, jadi cahaya di sana’

Kalau sudah namanya penyanyi nombor satu negara, semua perkara tentang dirinya mahu ‘dikorek’ peminat.

Itu yang perlu dilalui penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila perlu menjawab pertanyaan, sama ada rambutnya sudah beruban ketika membuat siaran langsung baru-baru ini.

Terhibur dengan soalan tersebut, Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, rambut beruban adalah perkara yang akan dilalui mana-mana makhluk bergelar manusia seiring dengan pertambahan usia tahun demi tahun.

“Kenapa tanya soalan itu. Saya rasa, kita sebagai manusia tidak akan mahu menolak kejadian Allah SWT.

“Mesti akan ada (uban), tambahan lagi umur saya pun sudah mencecah 45 tahun. Sudah mula ada uban,” katanya.

Pelantun lagu Nirmala itu juga tidak menganggap perkara tersebut sebagai isu besar dan malah sentiasa berpegang bahawa uban akan menjadi cahaya pada hari akhirat.

“Tiada masalah pun jika ada uban, kerana uban itu akan menjadi cahaya kita di sana (akhirat),” katanya lagi.

Siti berkata demikian bagi menjawab soalan seorang netizen yang ingin mengetahui rambutnya sudah ditumbuhi uban. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok