Saya akan failkan perceraian kali kedua – Diana Danielle

SELEPAS setahun kembali rujuk, pelakon Diana Danielle mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil hari ini.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 33, itu enggan memperincikan keputusan itu.

Saya sudah buat keputusan untuk berpisah dengan suami secara rasmi dan akan memfailkan perceraian.

“Tidak! Saya tak akan beri sebarang penjelasan,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata itu secara tegas memberi peringatan kepada Farid agar tidak memujuknya lagi.

Mungkin dia akan buat seperti biasa, beri bunga dan cincin serta janji kosong. Jangan pujuk,” katanya.

Dalam masa sama, dia turut memberi  bayangan dalam kapsyen seolah-olah sudah nekad dengan keputusan itu.

Rujuk bukan untuk semua, lepaskan saya. Terima kasih,” katanya.

Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok