Perkahwinan tak mudah, penuh dengan dugaan – Raja Ilya

MESKI sudah enam tahun membina mahligai cinta bersama suami, pelakon Raja Ilya mengakui kehidupan berumah tangga bukanlah mudah kerana penuh dengan pancaroba.

Pun begitu, Ilya atau nama sebenarnya Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, 39, berkata, onak duri tersebut mampu ditangani andai wujud toleransi antara pasangan selain banyak berdoa kepada Tuhan.

“Perkahwinan tidak mudah! Ia tidak pernah mudah. Saya cakap berdasarkan pengalaman peribadi saya selama enam tahun.

Perjalanan dua orang bersatu penuh dengan cabaran, tetapi dengan meletakkan Tuhan di tengah, segalanya mungkin menjadi baik.

“Sepanjang menyelusuri ujian, kekuatan sebenar ditemui dengan berserah kepada kehendak-Nya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram

Mendahulukan agama dalam setiap keputusan, pelakon filem Appalam  itu berpendapat hubungan suami isteri akan menjadi lebih utuh sekiranya kedua-dua pasangan berpasak pada pegangan itu.

Meletakkan agama sebagai asas, pasangan boleh mengatasi setiap badai dan bangkit dalam kasih sayang.

“Dengan cara itu, kita menjadi lebih kuat, lebih mendalam rasa cinta dan lebih bersatu demi tujuan,” jelasnya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, ramai netizen berpendapat perkongsian itu dibuat susulan kes perceraian Fattah Amin dan Fazura.

Sementara itu, dalam hantaran berlainan Ilya turut menulis kata-kata semangat buat sahabatnya, Fattah.

Terus kuat beb!” tulisnya

Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara sana.

Pasangan itu juga memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia dua tahun. — HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok