212
KALAU sudah berwajah kacak, buatlah apa sahaja, pasti akan mengundang pujian dan perhatian ramai.
Itu yang berlaku kepada Nadhir Nasar apabila tampil dengan potongan rambut pendek berbanding sebelum ini.
Semuanya mula menjadi bualan selepas dia memuat naik foto ketika menghadiri sebuah acara fesyen dengan potongan rambut baharu.
Perubahan tersebut disambut baik para peminatnya yang mengakui Nadhir kelihatan lebih segar dan muda dengan gaya sebegitu.
“Gaya rambut ini sangat hebat dan sesuai dengan Nadhir.
“Walau hanya gaya rambut pendek, nampak sangat berbeza. Kacak sungguh!” komen netizen.