NAMA anggota kumpulan Blackpink, Rose kembali meledak selepas melancarkan single duet bersama penyanyi Bruno Mars berjudul APT.
Menariknya, gandingan dua bintang antarabangsa itu sangat serasi seperti mereka berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, ramai peminat juga teruja apabila idola berusia 27 tahun itu memuat naik Instagram Story sedang menonton perlawanan bola sepak ditemani Bruno.
Susulan tular video tersebut, rata-rata peminat mendoakan supaya mereka berdua mempunyai hubungan serius dan lebih daripada sebatas rakan industri.
“Kali pertama saya lihat Rose begitu gembira dan tersenyum lebar, dia dan Bruno sangat serasi, saya harap mereka bercinta,” komen seorang peminat.
Tidak tahu mengapa tetapi nampak serasi sangat mereka berdua, moga mereka berdua cepat jatuh cinta, kami peminat pasti merestuinya,” tulis seorang pengguna media sosial.
Bagaimanapun terdapat juga peminat tidak bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan Bruno Mars sudah mempunyai teman wanita iaitu Jessica Caban sejak 13 tahun dahulu. – HIBGLAM