NAMPAKNYA perangai mengarut dan Nonny Nadirah, 35, ibarat berpisah tiada.
Terbaharu dia dilihat sekali lagi sengaja mencetuskan kontroversi apabila berkongsi sebuah video dalam akaun Instagram yang mempamerkan aksi mengjengkelkan.
Jika sebelum ini dia memuat naik video sedang makan ayam sambil tayang paha, terkini dia berkongsi video berkemban dengan kain keffiyeh sambil menghisap puting.
“My sweetheart” , tulisnya ringkas pada bahagian kapsyen video tersebut.
Tidak dapat dipastikan apa niat sebenar Nonny berkongsi video berkenaan.
Namun, video tersebut pastinya dapat mencetuskan provokasi kerana memakai kain keffiyeh yang sinonim dengan masyarakat Palestin.
Selebriti yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu juga sering dilihat berkongsi hantaran berkaitan Palestin.
Pada Julai lalu HibGlam pernah melaporkan Nonny yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu ingin kembali aktif dalam bidang seni.
Dia dilihat membuat persembahan di sebuah festival makanan di Kajang selepas tiga tahun menyepi dari industri hiburan.
Nonny turut mendedahkan dia akan melancarkan lagu baharu ciptaannya sendiri yang didedikasikan khas buat Palestin. – HIBGLAM