Nabila, Beto klasik! Baru gambar, ramai tak sabar ke panggung

MEMANG lain macam aura Nabila Huda dan Beto Kusyairy.

Mana tidaknya, Nabila hanya berkongsi foto bersama Beto untuk filem terbaharu mereka berjudul Gayong, ramai sudah teruja sehingga tidak sabar untuk ke panggung wayang.

Foto tersebut memaparkan Nabila dan Beto lengkap memakai busana yang membawa ‘vibe’ klasik tahun 1960-an.

“Memang aku akan ke panggung wayang nak tengok filem ini nanti. Beto dengan Nabila!

“Ini gabungan padu. Aktor dan aktres terbaik, harap filem pun bagus,” komen netizen.

Difahamkan, filem yang turut membariskan Syafie Naswip dan Yayan Ruhian itu baru sahaja memulakan penggambaran. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok