JIKA sebelum ini mendedikasikan puisi untuk Fatima Aisya, pelakon Puteri Balqis sekali lagi mencuri perhatian apabila menitipkan doa istimewa buat ibu kanak-kanak itu yang juga aktres, Fazura.
Menerusi ruangan komen pada salah satu hantaran dalam Instagram, Balqis atau nama penuhnya Puteri Balqis Azizi, 17, dilihat membalas komen yang ditinggalkan Fazura dan berharap agar pelakon itu dikurniakan kebaikan dan terhindar dari kejahatan.
Moga dirimu dijauhkan daripada seluruh pengkhianatan, dikurniakan keistimewaan dan kebijaksanaan naluri ibu yang dikhianati beribu manusia kejam.
“Semoga Fatima mengasihi dan bersamamu dalam apa jua kejayaan.
“I love you kakak, sama-sama kuat,” tulisnya .
Susulan itu, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai komen termasuk memuji pelakon drama Rampas Cintaku 2 itu yang rajin memberikan kata-kata semangat kepada rakan seindustri terutama golongan wanita.
Pun begitu, terdapat juga netizen yang meminta Puteri Balqis supaya mendoakan dirinya terlebih dahulu sebelum sibuk menulis kata-kata semangat kepada orang lain memandangkan hidupnya masih terumbang-ambing.
Baiknya Balqis selalu sokong rakan industri, mungkin dia faham bagaimana sakitnya mengalami keluarga berantakan,” komen seorang peminat.
“Sudah-sudahlah tu sibuk hal orang, baik kau doakan diri kau sendiri yang kacau bilau itu. Tak habis-habis nak berpuisi bagai,” demikian komen seorang peminat.
Sebelum ini, Balqis pernah menulis puisi khas untuk anak kepada Fazura, Fatimah Aisya.
Puisi tersebut tercipta susulan berita perceraian pelakon filem Gol & Gincu itu dengan aktor Fattah Amin hangat diperkatakan. – HIBGLAM