TAHNIAH buat penyanyi Ayda Jebat yang berani tampil dengan kelainan apabila membawakan lagu baharu berjudul Memerang.
Kalau tengok video muziknya memang menarik, ditambah dengan bingkisan itu sendiri yang ‘catchy’ terutama alunan melodinya.
Tapi ada yang mendakwa kali ini percaturan Ayda tidak menjadi apabila video muzik untuk lagu garapan Ezra Kong tersebut tidak meraih tontonan yang banyak.
Bagi Mizz Lahar apa kata kita tunggu sekejap, jangan jatuhkan semangatnya sebab kali ini dia bawakan semula vibes lagu Pencuri Hati yang pernah hits satu waktu dahulu sebagai kelainan.
Bagusnya Ayda pun dapat terima kritikan dan komen dengan hati terbuka. Mana tahu selepas ini Memerang terus mencanak naik.
MIZZ LAHAR: Tengah tunggu siapa lagi yang bersuara mengulas isu perceraian Fattah dan Fazura.