Pelakon Mawar Rashid meraih perhatian ramai netizen selepas berkongsi foto terbarunya dalam akaun Instagram.
Dalam dua hantaran berbeza, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, memuat naik gambar serta video dia bergaya terliuk lentuk dalam balutan gaun seksi berwarna merah jambu.
Aksi manja pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mereka terpegun melihat kecantikan Mawar yang mempunyai darah kacukan Siam.
“Cantiknya. Macam Rosalinda Malaysia,” komen netizen.
“Cantik sangat Mawar. Ingatkan orang Sepanyol tadi,” komen seorang lagi netizen.
Namun di sebalik pujian tentang kecantikan, terselit jua komen-komen negatif tentang penampilannya yang semakin seksi semenjak tidak lagi memakai hijab.
Kata netizen, Mawar tidak kelihatan seperti orang yang ada ‘anxiety’ seperti yang pernah diberitahunya sebelum ini.
“Oh inikah caranya untuk seseorang hilangkan anxiety. Baru tahu,” sindir netizen.
“Inikah yang ada anxiety? Aku yang ada anxiety dan depresi pun tak ada nak seksi macam tu,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu Mawar dan bekas suaminya, Raf Yaakob mengumumkan mereka telah bercerai dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram pada November tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup selama enam tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Radeb Muhammad, 5, Radeb Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 2. – HIBGLAM