132
SEWAKTU muncul dalam sidang akhbar tayangan Hellbound musim kedua, pelakon Moon Geun-young mengejutkan ramai dengan penampilan dirinya yang lebih berisi.
Ramai yang risaukan kesihatan aktres berusia 37 tahun itu lebih-lebih lagi pada 2017 dia pernah menjalani empat pembedahan untuk masalah ‘acute compartment syndrome’.
Bagi meredakan keadaan, Geun-young tampil memberitahu keadaannya baik-baik sahaja selain sedang menjalani diet.
“Saya terkejut apabila ramai orang mengambil berat tentang kesihatan saya. Saya sangat bersyukur tetapi saya telah pulih sepenuhnya,” katanya.