PENGAWAL peribadi Nur Fazura yang dikenali sebagai Shahaszrin Mohd Sabiruddin kesal dengan sikap semberono netizen yang menuduhnya teman lelaki aktres terkenal itu.
Menerusi hantaran dalam Insta Story, Shahaszrin berkongsi tangkap layar komen netizen yang membuat tuduhan yang disifatkan tidak masuk akal itu.
Jangan menangis. Boyfriend kat belakang tu,” komen netizen tersebut merujuk kepada video Fazura sewaktu ditemu bual pihak media di mahkamah baru-baru ini.
Shahaszrin yang kesal dengan komen itu menyelar pengguna media sosial tersebut.
Ikut sedap saja nak tulis kan. ‘Standby’ (siap sedia) ya mak cik. Jangan nanti kata cucu yang main TikTok.
“Mak cik dah fitnah saya. Mak cik tahu apa yang mak cik kena buat kalau tak nak benda jadi panjang,” tulisnya.
Komen individu tersebut turut dibalas dengan kecaman oleh netizen lain yang menjelaskan siapa sebenarnya Shahaszrin kepada Fazura.
“Bodyguard dia mak cik. Dah ada anak bini pun,” komen salah seorang netizen.
Mak cik ni, jangan lupa minta maaf ya. Bukan apa, takut tiba-tiba Allah tarik nyawa mak cik,” komen seorang lagi netizen.
Sebagai rekod, Shahaszrin telah berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Fazura dan Fattah sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Shahaszrin turut mendedahkan terdapat orang ketiga dalam rumah tangga Fazura dan Fattah yang cuba merosakkan rumah tangga majikannya. – HIBGLAM