Mahligai kedua Han So-hee bernilai RM16 juta

REZEKI melimpah-ruah dengan deretan tawaran, pelakon Han So-hee dilaporkan berjaya membeli rumah kedua jenis penthouse di Achiu-dong, Guri, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan berharga RM16.3 juta.

Menurut sebuah laporan, aktres berusia 29 tahun itu menyelesaikan pembayaran dan berpindah pada 30 September lalu.

Perumahan yang diberi nama Arcadia Signature itu hanya ada lapan unit dengan dua tingkat bawah tanah dan empat tingkat atas tanah.

Bukan itu sahaja, pemandangan sekeliling kediaman itu dihiasi Gunung Achasan, Sungai Han dan susun atur penggunaan ruang yang fleksibel.

Hartanah ini mempunyai empat bilik tidur, tiga bilik mandi, loteng dan teres atas bumbung.

Pelakon jelita itu sebelum ini menetap di Villard de Gréum W yang dibeli dengan harga RM6.1 juta secara tunai pada Disember 2021.

So-hee berjiran dengan aktres Oh Yeon-seo, pemain bola sepak Kim Min-jae serta pasangan pelakon Hyun-bin dan Son Ye-jin. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok