“MACAM mana boleh terselit ini.”
Demikian reaksi pelakon Raja Ema apabila memenangi Anugerah Pembantu Filem Popular selepas menumpaskan empat calon lain.
Raja Ema seakan tidak percaya dengan pengiktirafan itu kerana berjaya menewaskan pelakon muda.
“Allahuakhbar. Syukur alhamdulillah, macam Macam mana nama saya boleh ‘terselit’ (sebagai pemenang).
“Saya tak sangka dengan kemenangan ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Ema berterima kasih kepada keluarga, sahabat dan peminat yang menyokongnya sehingga berjaya meraih kemenangan tersebut.
“Apapun terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang mendoakan saya. Tidak dilupakan peminat yang mengundi saya,” ujarnya.
Raja Ema berjaya mengetepikan Daiyan Trisha, Harissa Adlyn, Nadia Brian dan Wanna Ali menerusi kategori Anugerah Pelakon Pembantu Filem Popular semasa Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) malam ini.m -HIBGLAM