SERING dihambur caci maki dan komen jahat daripada netizen, bekas anggota kumpulan MBLAQ, Lee Joon mengakui dirinya pernah berdepan masalah insomnia, panik dan depresi melampau.
Pun begitu, aktor berusia 36 tahun itu bersyukur dirinya berjaya menemui solusi untuk tidak terus terperangkap dengan keadaan itu
“Tidak nafikan, kecaman teruk netizen menjejaskan emosi saya. Perkara tersebut sangat sulit dan sering membuatkan saya berasa cemas.
“Namun, syukur saya dapat belajar cara mengatasinya. Saya fokus pada diri sendiri dan tidak membiarkan komen-komen menyakitkan itu menghantui hidup saya.
“Memang sukar tapi hati dan mental kena kuat dan itu juga memerlukan bantuan daripada mereka yang profesional seperti kaunselor,” dedahnya dalam satu rancangan temu bual baru-baru ini. – HIBGLAM