Kongsi ‘quotes’ kehidupan, Fazura dihujani doa peminat

SELEPAS hampir sebulan bercerai, pelakon popular Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa  mutiara kata dalam Instagramnya hari ini.

Kebanyakan kata-kata dimuat naik pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 40, itu adalah mengenai kehidupan dan motivasi termasuk tentang menerima kekurangan individu lain serta menghargai diri.

Satu perkara terbaik saya belajar tahun ini ialah bila anda berhenti mengejar perkara salah, anda memberi peluang perkara baik mengejar pula.

“Saya cuma tidak mahu perkara itu untuk diri sendiri lagi. Itu adalah alasan kukuh untuk hentikan semuanya.

Saya tidak kisah betapa buruk atau baik kisah silam anda namun, apabila saya mengatakan ya, saya akan terima semua kekurangan itu dengan bangga,” petiknya dari sebuah akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Perkongsian tersebut meraih pelbagai respons daripada netizen yang rata-rata menitipkan doa terbaik buat bintang filem Pisau Cukur itu.

Bukan itu sahaja, ada juga berharap Fazura terus kuat menjalani kehidupan dan menjadi ibu terbaik buat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

“Kembali dengan semangat lebih kuat Fazura. Anda layak untuk memilik semua kebahagiaan dan kegembiraan yang ada.

Semoga Allah SWT kurniakan Fazura jodoh lebih baik, yang mampu menegakkan maruah, membahagiakan dan diredai Tuhan,” komen netizen.

Terdahulu, Fazura yang masih dalam tempoh idah sah bercerai talak satu dengan pelakon, Fattah Amin pada 7 Oktober selepas tujuh tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok