Nama kekasih anggota kumpulan Blackpink, Lisa iaitu Frederic Arnault meledak dalam media sosial apabila lelaki itu didakwa penyokong tegar Israel.
Bukan itu sahaja, keluarga kekasih pelantun lagu Rockstar itu juga dilaporkan menderma sebanyak RM500 juta kepada tentera Israel setiap tahun bagi tujuan peperangan di Palestin dan Lubnan.
Lebih membuatkan peminat marah, ibu Lisa dikenali sebagai Mommy Chitthip dilihat meninggalkan tanda suka di beberapa komen pengikutnya berkaitan Israel menerusi Instagram peribadinya.
Ini termasuk peminat yang memintanya berkunjung ke Israel selain komen menyatakan cinta terhadap Israel.
Rentetan itu, ramai peminat membuat spekulasi bahawa idola berusia 28 tahun itu juga salah seorang penyokong dan tali barut Zionis berdasarkan sokongan ibu dan keluarga teman lelakinya.