BAGAI dijangka, ahli politik yang kini bergelar penyampai radio, Khairy Jamaluddin berjaya meraih anugerah Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36).
Pertama tercalon ABP dak memang undian dalam anugerah industri hiburan, Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ meluahkan kesyukuran mengenai pintu rezeki yang dipercayai merujuk kepada kerjaya baharunya sebagai penyampai radio.
“Nasib baik menang. Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup Allah akan buka pintu rezeki baharu.
“Alhamdulillah, do your best Allah will do the rest (buat yang terbaik, Allah akan bagi yang paling baik),” katanya.
Bukan lagi ‘menang selfie kalah undi’, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, rakan-rakan penyampai dan pengundi yang bertungkus-lumus sehingga mendorong kemenangannya.
“Terima kasih kepada keluarga Hot FM iaitu Fara Fauzana, Johan dan AG.
“Saya juga cuma nak berterima kasih kepada pengundi,” ujarnya.
Khairy berjaya menewaskan empat pesaing iaitu DJ Sonic, Haiza, Sharifah Shahirah dan Tyzo. – HIBGLAM