80
HAMPIR setahun berpisah, pelakon Jung Joo-yeon mengakui sudah kembali berbaik dengan bekas suami.
Joo-yeon memaklumkan bahawa mereka sepakat untuk hidup bersama semula selepas sedar membuat keputusan yang salah sebelum ini.
“Pada awalnya saya fikir yang saya tak sesuai berkahwin sebab itu saya undur diri dan kemas barang-barang, balik ke rumah ibu bapa.
“Selepas beberapa bulan, saya rasakan keputusan tersebut silap dan kami kini kembali bersatu,” katanya dalam sebuah temu bual.
Dalam masa sama, pelakon berusia 35 tahun itu turut memberitahu hubungannya dengan bekas suami lebih erat selepas bercerai sebelum ini. – HIBGLAM