PENAMPILAN pelakon Jeon Jong-seo pada Minggu Fesyen Paris 2024 menarik perhatian ramai apabila terkait spekulasi mengenai perubahan pada bahagian pinggulnya.
Media Korea melaporkan, Jong-seo tampil menggayakan busana rona putih dipadankan dengan skirt labuh sehingga kelihatan sosok garis pinggulnya yang melengkung.
Bentuk badannya meraih perhatian netizen, sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada Jong-seo menjalani prosedur membesarkan bahagian tersebut.
Malah, ada segelintir netizen membandingkan foto Jong-seo sewaktu awal kemunculan sekitar 2018.
Ini bukan kali pertama Jong-seo dihimpit kontroversi sama apabila sebelum ini dia didakwa menaikkan bahagian pinggul sewaktu kemunculan dalam iklan promosi produk dengan berpakaian ketat. – HIBGLAM