Jimin BTS naik pangkat awal, kini tentera elit

Perkhidmatan cemerlang, anggota kumpulan BTS, Jimin dilaporkan menerima kenaikan pangkat lebih awal sebagai askar elit meskipun baru beberapa bulan menjalani latihan ketenteraan.

Menurut satu laporan, idola berusia 28 tahun itu turut diangkat sebagai pelatih tentera terbaik selepas menerima Anugerah Komander Divisyen.

Segala apresiasi tersebut merupakan penghormatan diberikan kepada mereka yang menunjukkan dedikasi dan ketahanan fizikal yang luar biasa.

Menerusi mesej kepada peminat dalam laman Weverse, Jimin berkongsi perkembangannya melakukan latihan ketenteraan bersama seorang lagi anggota BTS iaitu Jungkook.

“Hampir sebulan saya tak berbual dengan kamu semua. Terasa lama sangat tetapi disebabkan saya ada Jungkook, masa seakan berlalu dengan pantas. 

“Saya dan Jungkook selalu berhubung menggunakan telefon awam dan bekerja keras sepanjang berada dalam kem. Kami bergantung antara satu sama lain,” jelasnya.

Jimin dan Jungkook menyertai perkhidmatan tentera pada Disember 2023 dan dijangka menamatkan latihan pada Jun 2025.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok