146
PENYANYI kumpulan T-ara iaitu Ji-yeon dan suami, Hwang Jae-gyun mengumumkan bakal bercerai kerana tiada lagi persefahaman.
Selepas berita tersebut tersebar, Ji-yeon dilihat memadam semua hantaran dan foto bersama suaminya dalam Instagram dan YouTube.
Begitu juga dengan Jae-gyun yang bertindak menutup akaun Instagram selepas berita itu tular.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 itu bakal menjalani prosiding perceraian di mahkamah dalam masa terdekat. – HIBGLAM