GARA-GARA kecoh lagu Bertahan Demi Cinta bakal dilancarkan, netizen berharap selebreti sensasi Fazura dan Fattah Amin kembali rujuk.
Rata-rata memberikan reaksi positif selepas video ‘teaser’ single bekas pasangan suami isteri itu di muat naik dalam media sosial.
“Siapa tahu lagu ini menjadi asbab Fazura, Fattah berbaik semula. Jodoh itu rahsia Allah yang unik dan mungkin ini peluang mereka betulkan silap masing-masing,” kata peminat.
Harap lagu ini dapat kembali satukan hati mereka. Dua-dua masih lagi sayang,” ujar pengikut.
“Masih dalam idah, jadi muhasabahlah. Semua orang ada khilaf dan tiada siapa pun yang sempurna,” ujar netizen.
Semalam, kecoh dalam media sosial mengenai pelancaran lagu duet terbaharu Fazura dan Fattah yang diumumkan syarikat rakaman Indonesia, Hits Records.
Difahamkan, lagu sentuhan penyanyi Ippo Hafiz itu sudah lama dihasilkan kedua-dua artis terbabit iaitu ketika mereka masih bersama.
Bagaimanapun, pihak pengurusan pemilik nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, menegaskan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang pelancaran lagu berkenaan yang disifatkan tidak sesuai dengan waktunya.
Pada 7 Oktober lalu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM