Meskipun masih muda, anggota kumpulan NewJeans, Hanni mendedahkan dirinya memasang impian untuk menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun.
Bukan gatal sebaliknya idola berusia 20 tahun itu mengakui teringin berkahwin awal kerana mahu mengikut jejak ibu bapanya.
“Ibu bapa saya berkahwin pada usia 24 tahun, jadi saya mahu jadi macam mereka.
“Ada empat tahun lagi tapi ini harapan saya, tak pasti pula impian ini dapat direalisasikan atau tidak,” katanya.
Hanni berkongsi perkara itu dengan peminat melalui aplikasi komunikasi peminat NewJeans, Phoning.
Namun, tidak lama selepas itu penyanyi berkenaan terus beredar dan meminta agar peminat tidak ambil serius tentang apa yang diperkatakannya.
“Saya pergi dahulu, jangan fikir terlalu dalam. Sayang awak semua,” ujarnya.