SEJAK sah bercerai talak satu dengan bekas suami iaitu Fattah Amin pada 7 Oktober lalu, netizen mempamerkan pelbagai reaksi berbeza kepada pelakon Nur Fazura.
Tidak dinafikan ada yang menyokong dan tidak kurang menegur tindakannya menyalahkan semua perkara ke bahu Fattah Amin sebagai punca masalah rumah tangga mereka.
Kadangkala tertanya juga apa yang diinginkan netizen kerana apabila masing-masing memilih untuk berahsia, apa pula yang timbul dengan pelbagai teori perceraian. Tetapi apabila dinyatakan punca, ada pula yang kritik. Netizen nak apa lagi?
Memang manusia ini sukar untuk dipenuhi kehendak mereka. Namun, ada satu perkara yang membuatkan mereka sepakat iaitu bersederhana sepanjang tempoh idah.
Sedar sebagai ibu tunggal, Fazura perlu melaksanakan tanggungjawab dalam mencari rezeki untuk keluarga. Namun, rasanya tidak perlu mengenakan pakaian yang solekan tebal pada wajah.
Meskipun terdapat sebarang foto yang sudah lama diambil dan baru dimuat naik ke media sosial, seharusnya Fazura lebih cakna memandangkan dirinya masih dalam tempoh idah.
Sedar pelakon itu memiliki rupa paras yang cantik, namun netizen menasihati agar Fazura tidak terburu-buru untuk kongsikan foto peribadi dalam media sosial melainkan urusan kerja.
DIVA: Kagum dengan sikap selebriti yang memilih tidak menggembar-gemburkan soal perceraian mereka dalam media sosial.