Fattah ‘meledak’, Fazura tenang bela Palestin

KETIKA nama Fattah meledak-ledak dan menjadi kegilaan ramai wanita, bekas isterinya tenang di satu sisi tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan memburukkan keadaan.

Fazura ketika ini seperti meneruskan rutin hidupnya dalam media sosial dengan berkongsi tentang pergolakan di bumi Palestin.

Dia terus menggunakan platform media sosial untuk bersolidariti, prinsip Fazura itu terus meraih pujian ramai dan dikatakan tidak pernah tampil bersuara untuk menepis segala kecaman dilempar padanya sebelum ini.

Bagus Fazura, terus prihatin isu Palestin ketika ramai artis lain sudah mula lupa.

“Memang ramai minat Fattah, tapi kami tetap sokong Fazura. Senyap terus lepas cerai dan fokus pada diri sendiri sahaja,” komen netizen.

Diva pun kagum dengan perjuangan Fazura yang masih tegar berkongsi tentang Palestin. Ramai juga artis lain yang seperti sudah lupa dan asyik menggunakan jenama-jenama pro-Zionis, sedih!

DIVA: Sehingga kini ramai tertanya-tanya siapa yang beri jambangan bunga hamper setiap hari kepada Ruhainies?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok