SELEPAS tujuh bulan berahsia, pelakon Fatin Afeefa akhirnya berkongsi wajah bayi sulung hasil perkahwinannya dengan pempengaruh dan usahawan, Opai atau Aliff Awang yang bernama Muhammad Jibril secara terbuka dalam media sosial sejak semalam.
Tidak lagi berselindung atau mengaburkan wajah anak, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, memuat naik video dan foto majlis akilah Muhammad Jibril yang berlangsung secara tertutup bertemakan warna biru semalam.
Masya-Allah satu lagi keberkatan,” katanya ringkas dalam TikTok.
Perkongsian tersebut seterusnya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya teruja dan menyifatkan wajah Muhammad Jibril saling tidak tumpah seperti bapanya.
“Muka Muhammad Jibril memang ikut Muka daddy. Semoga membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.
Tahniah Fatin dan Opai. Tahu-tahu sudah ada ‘baby boy’.
“Muhammad Jibril sangat comel! Tak tahu pun Fatin mengandung sebelum ini, pandai betul simpan rahsia,” komen netizen.
Semalam, Fatin akhirnya membuat pendedahan sudah tujuh bulan melahirkan anak hasil perkahwinan dengan Opai.
Perkara tersebut disahkan suaminya dalam Instagram yang memuat naik hantaran bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.
Sebelum ini, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang hamil.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila mengetahui timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.
Perkara tersebut tercetus selepas pelakon Tentang Bulan itu dilihat kurang berkongsi gambar penampilan dirinya selain seakan cuba menyorok bahagian perut.
Fatin dan Opai, 30, disatukan dalam majlis di Subang Jaya pada Disember 2022.
Dalam perkahwinan sebelum ini, Fatin sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. – HIBGLAM