‘Duit komisen Fattah 1 sen pun Pak Mat tak ambil’

KOMISEN RM90,000 hasil jualan kambing perap yang ditolak pelakon Fattah Amin diinfakkan ke masjid terpilih untuk diagihkan kepada golongan sasaran.

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram Pak Mat Western yang mengakui menerima banyak panggilan telefon meminta bantuan.

Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan. Sejak dari semalam, berderu panggilan masuk dan DM (mesej langsung) daripada orang ramai minta pertolongan.

“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah,” katanya.

Menurut admin syarikat terbabit, pihak mereka tidak mengambil sedikit pun komisen ditinggalkan pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu.

Duit komisen tak masuk 1 sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” ujarnya.

Menerusi akaun Instagram sama, fasa pertama pengagihan dalam bentuk bantuan keperluan harian termasuk bekalan beras sudah diserahkan kepada pihak berkaitan.

Terdahulu, Fattah dipercayai berjaya menjual puluan ribu set kambing perap dalam tempoh tiga jam bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.

Siaran langsung itu mencecah 100,000 tontonan dan meraih 44 juta tanda suka.

Sementara itu, Fattah dalam laman sosialnya turut memaklumkan akan mengadakan satu lagi siaran langsung mempromosikan daging kambing atas permintaan ramai pukul 9 malam esok.

Kemunculannya dijangka disertai pemilik Pak Mat Western yang selama ini identitinya tidak diketahui ramai.–HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok