BAK kata pepatah, rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi. Sepertinya itu situasi yang perlu dilalui Noraniza Idris ketika ini apabila namanya menjadi bualan hangat netizen.
Semuanya disebabkan tular beberapa video berkaitan konsert solonya di Melaka baru-baru ini.
Antara video yang tular memaparkan Noraniza atau Kak Ani sedang membuat persembahan di pentas tetapi didakwa hanya sekadar ‘miming’ dan tidak menyanyi secara langsung.
Bukan itu sahaja, ada juga video memaparkan lokasi acara yang dikatakan tidak ‘full house’. Fuh! Memang macam-macam tuduhan dilemparkan untuk konsert tersebut.
Mungkin tuan badan perlu membuat penjelasan rasmi supaya dapat menutup mulut mereka yang tidak berhenti menyebarkan khabar angin sebegitu sebab boleh menjatuhkan reputasi sebagai penyanyi.
DIVA: Sedih betul lihat Nabila Huda kehilangan kucing tersayang, Aoki baru-baru ini. Tumpang simpati.