98
BAGI menunjukkan sokongan tidak bertepi buat buah hatinya, pelakon Jung Kyung-ho sanggup terbang ke Jepun.
Ini kerana kekasihnya, Soo-young mempromosikan lagu solo pertamanya berjudul Unstoppable di Tokyo.
Lebih menarik, Kyung-ho dilihat menggayakan baju T putih yang tertera wajah ahli kumpulan Girls’ Generation itu.
Ramai terharu melihat pengorbanan pelakon drama Hospital Playlist itu kerana masih mengekalkan rasa cinta yang dibina selama 12 tahun. – HIBGLAM