TIADA angin tiada ribut, nama anggota kumpulan Enhypen, Jake kembali meledak dalam media sosial apabila tular sekeping foto yang memaparkan idola tampan itu sedang mesra meluangkan masa dengan seorang gadis.
Menerusi foto tersebut, dia dilihat berjalan berpimpinan tangan dengan seorang gadis pada waktu tengah malam.
Menurut peminat, pakaian dipakai gadis terbabit pernah dipakai Jake sebelum ini yang pernah dimuat naik dalam media sosial, namun telah dipadam selepas foto berkenaan tular.
Pun begitu, baik Jake mahupun pihak pengurusannya, masing-masing memilih untuk membisu tanpa memberi sebarang kenyataan.
Ini bukan pertama kalinya Jake terseret kontroversi bercinta.
Pada 2022, tersebar foto jejaka tinggi lampai itu yang didakwa sering mengunjungi Itaewon setiap hari Jumaat untuk bertemu gadis dipercayai teman wanitanya. – HIBGLAM