NAMA disalah guna ‘penunggang’ isu perceraian Fattah Amin dan Nur Fazura, penerbit Datuk Rosyam Nor bertegas mengheret pihak berkaitan ke mahkamah.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, membuat laporan polis terhadap beberapa pengendali fanpage yang menggunakan tajuk kononnya dia pernah menasihati Fattah berhubung sikap isteri aktor terbabit
“Saya dan peguam saya sudah membuat laporan polis berkenaan perkara yang tersebar dalam media sosial iaitu kenyataan fitnah dan mengaibkan saya tentang perceraian Fattah dan Fazura.
“Banyak nama dalam senarai. Jadi tunggulah saya seret ke mahkamah. Buat fitnah dan aibkan orang,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.
Rosyam membuat laporan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dengan ditemani peguamnya, Aizul Rohan, petang semalam.
Pelakon filem Memoir Seorang Guru itu turut mendedahkan beberapa paparan skrin daripada pihak yang mereka cerita palsu, sekali gus mencalarkan kredibilitinya.
Dalam keratan paparan dikongsikan, Rosyam seolah-olah ditunjukkan sebagai individu yang suka mencampuri urusan [eribadi pasangan berkenaan.
Hakikatnya, tajuk ‘panas’ disogokkan kepada umum itu adalah sebagai umpan agar netizen klik pautan disediakan yang sebenarnya laman menjual barangan.
Menjengah ruangan komen, netizen bersetuju dengan tindakan tegas pemilik syarikat Suhan Movies & Trading itu dan berharap perkara tersebut menjadi pengajaran kepada pemfitnah.
“Akhirnya Datuk (Rosyam) bersuara sebab ramai gunakan nama Datuk. Harap dapat bersihkan nama Datuk berkaitan isu yang tengah panas ini,” kata seorang pengikutnya.
“Bagus buat macam ini supaya orang lebih berhati-hati ketika menulis komen,” ujar netizen lain.
Terdahulu, perceraian pasangan sensasi itu pada Isnin lalu menjadi sorotan ramai apatah lagi Fazura mendakwa Fattah berlaku curang serta culas memberikan nafkah.
Susulan perceraian terbabit, berita berkaitan kedua-dua artis tersebut terus hangat diperkatakan di pelbagai platform berita dan media sosi