SELEPAS berita perceraian tersebar, pelakon Emma Maembong dipuji netizen apabila mengambil langkah bijak menyimpan kemas hal dalaman rumah tangga.
Rata-rata bersetuju dengan tindakan pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 32, yang bercerai dengan bekas suami Muhammad Shazli Azhar secara senyap dan hanya diketahui umum selepas tamat idah.
“Perceraian Emma Maembong paling matang. Tahu-tahu sahaja dah habis idah,” kata pengikut.
Bagus Emma, senyap-senyap sahaja sudah bercerai, tiada keluar dalam media sosial. Cerai jangan ada bangkit aib masing-masing,” ujar netizen.
“Sedih dengan berita perceraian ini tetapi Emma tak ada bising dan buat hantaran terluka pun. Pandai jaga aib,” tutur peminat.
Semalam, berita mengenai perceraian Emma dan Shazli tersebar dalam media sosial.
Emma turut memaklumkan sudah tamat tempoh idah selain mengambil pendekatan tidak menghebohkan hal perceraian bagi mengelakkan situasi menjadi keruh.
Dia turut berharap orang ramai tidak mencetuskan sebarang spekulasi berkaitan perceraiannya dengan bekas suami.
Emma dan Shazli yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun. – HIBGLAM