KALAU saya kata ada hubungan, nanti orang tuduh saya janda gatal pula.”
Demikian respons pelakon Puteri Sarah yang tidak berminat menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini.
Tegas Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, dia tidak perlu membuat sebarang klarifikasi tentang cinta kerana hanya akan mendatangkan kesan negatif terhadap statusnya sebagai ibu tunggal.
Jadi adakah awak nak saya dilabel sebagai janda gatal dengan orang di luar sana?
“Itu bukannya awak peminat yang menjaga, tetapi lagi nak merosakkan saya,” katanya dalam sebuah video tular TikTok.
Sarah berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan segelitir peminat yang berharap dia dan pelakon Indonesia, Andi Arsyil bercinta.
Menerusi video sama, dia berpegang teguh dengan prinsip tidak terlalu terbuka berkongsi kisah peribadi kerana andai tersilap langkah boleh menjejaskan imejnya sebagai pelakon dan juga ibu.
Saya perlu jaga diri, kalau suka hati cakap atau tunjuk ada hubugan dengan seseorang, orang akan gelar saya janda gatal, gersang dan tak boleh hidup tanpa lelaki.
“Jadi, awak sebagai peminat, nak orang gelar saya begitu?
Cuba letak diri awak di tempat saya yang memiliki dua anak. Kalau mereka tuduh saya macam tu, nanti anak-anak juga kena,” katanya lagi.
Dalam ruangan komen, ramai berpendapat Sarah tidak perlu mengikut kehendak segelintir peminat yang mahu melihat dia bercinta dengan Andi.
Kepada netizen yang kepoh mahu jodohkan Sarah dengan Andi, sila hadam. Cukup-cukuplah mengatur hidup dia.
“Sarah, tak perlu baca komen netizen sebab memang susah nak puaskan hati semua orang,” komen peminatnya.
Sebelum ini, tular dakwaan dia menjalin hubungan istimewa dengan Andi delepas aktor itu menjadi rakan kongsi perniagaan produk penjagaan wajah dan tudung.
Namun, perkara tersebut dinafikan Sarah dan menegaskan hubungannya dengan Andi hanya sebagai rakan bisnes.
Sekadar info, Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 namun bercerai pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM