Aisha Retno buat fasilitator orientasi  jadi ‘mahal’

SELAIN kisah cerai selebriti, minggu ini menyaksikan ramai mengecam dan berdebat mengenai kerelevanan minggu orientasi yang masih menjadi acara wajib minggu pertama pelajar baharu di universiti tempatan termasuk aktiviti dan gelagat jengkel fasilitator.

Dalam kekecohan tersebut, Aisha Retno mencuri perhatian dengan menghasilkan sebuah lagu berkaitan minggu orientasi.

“Rekod, time ni lah nak rekod.

“Diam, kau ingat kau kelakar,” antara lirik yang dinyanyikan.

Perkongsian itu membuatkan ramai terhibur dan berharap Aisha melancarkan lagu tersebut dan tidak kurang juga memberi idea bagi judul lagu tersebut.

“Ini boleh jadi lagu tema minggu orientasi, mesti fasilitator bangga sebab ada lagu untuk mereka.

“Bagus betul Aisha punya susunan muzik, daripada menyampah pada fasilitator terus kedengaran sangat ‘mahal’,” kata netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok