Wajah digunakan ‘scammer’, Hafiz Hamidun diburu wanita Indonesia

Wajah saya ‘wanted’ di Indonesia gara-gara ‘love scam’.”

Demikian kata penyanyi yang juga komposer, Hafiz Hamidun yang mendakwa dirinya sering menjadi buruan wanita-wanita dari Indonesia.

Menurut Hafiz atau nama lengkapnya Muhammad Hafiz Hamidun, 40, wajahnya juga telah digunakan ‘scammer’ dari negara seberang itu untuk memancing wanita.

Ada ‘scammer’ dari Indonesia yang menggunakan wajah saya untuk memperdaya wanita-wanita di sana.

Lebih kurang 2000 akaun media sosial yang telah menggunakan wajah saya termasuklah dalam Instagram, TikTok, Facebook dan sebagainya.

“Mereka terpedaya dan memberi wang kepada ‘scammer’ tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun lagu Mikraj Cinta itu, selepas mangsa-mangsa ‘scammer’ tersebut tersedar mereka telah ditipu, mereka mencari Hafiz Hamidun yang sebenar dalam Instagram.

Bila mereka tahu saya Hafiz Hamidun yang sebenar, mereka masih mahu berkenalan dengan saya dan jatuh cinta lagi sekali”, kongsinya.

Ditanya adakah dia membuat laporan polis mengenai perkara tersebut, Hafiz berkata sukar memandangkan berlaku di luar negara.

Saya harap perkara ini tidak berlanjutan kerana bimbang seandainya mendorong perbuatan jenayah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal terlibat dengan Konsert 5 Rukun 2.0 yang akan berlangsung pada 2 November depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok