[VIDEO] ’No Komen’ – Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk tidak memberi sebarang komen lanjut mengenai perceraiannya dengan bekas isteri, Ira Kazar yang disahkan Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

“Saya no (tiada) komen. Alhamdulillah semua selesai. Tiada sebab nak kongsi.

“Saya tak mahu kongsi,” katanya ringkas ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai taklik hari ini.

Pengarah filem Munafik itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada mana-mana individu yang banyak memberikan kata-kata semangat.

“Saya banyak terima mesej menerusi WhatsApp dan dalam media sosial (DM)

“Mereka doakan yang baik-baik, terima kasih, ujarnya.

Ditanya tentang komen yang pernah dikeluarkan bapanya, Datuk Yusof Haslam iaitu sentiasa mendoakan terbaik untuknya, Syamsul atau nama penuhnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, berkata,urusan keluarga tidak seharusnya dibincangkan secara terbuka dengan masyarakat.

“Alhamdulillah, saya tak kisah tentang yang lain. Itu urusan keluarga yang sepatutnya diselesaikan antara ahli keluarga.

“Macam saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak kongsi dengan orang ramai termasuk hal apa pun.

“Kalau ada isu keluarga, kita tak boleh libatkan sesiapa sahaja, betul tak? Sebab semua itu boleh mengeruhkan keadaan.

“Itu sahaja yang mampu saya cakap. Kita doakan yang terbaik. Kalau apa sahaja saya cakap, pasti akan jadi tajuk berita,” katanya lagi.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah sensasi Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

“Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

“Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

“Perkara itu berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos),” jelasnya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok