TERUS dihimpit kontroversi, anggota kumpulan NCT, Taeil didakwa atas kesalahan melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita pada Jun lalu.
Menurut sumber polis, idola berusia 30 itu dituduh melakukan jenayah berkenaan dengan meletakkan kamera tersembunyi di kediaman wanita itu sejak enam tahun lalu.
Bukan itu sahaja, Taeil turut didakwa mengganggu wanita yang tidak diketahui hubungan sebenar antara mereka selain mengugutnya.
Sebelum ini, polis menafikan khabar angin Taeil melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja lelaki di bawah umur.
Pendedahan terbaharu itu bagaimanapun mengundang pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan peminat dan masyarakat di Korea Selatan.
Malah, syarikat pengurusan NCT iaitu SM Entertainment turut menjadi sasaran netizen selepas agensi itu didakwa cuba menyembunyikan kes membabitkan Taeil sejak dua bulan lepas.
Berkali-kali diasak, SM Entertainment akhirnya mengumumkan Taeil disingkirkan daripada kumpulan NCT kerana terlibat dalam kes jenayah seksual. -HIBGLAM