HANYA mengharapkan yang terbaik, pelakon Nur Fazura menyerahkan sepenuhnya penamat kemelut rumah tangganya kepada ketentuan takdir.
Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia enggan mengulas lanjut sama ada wujud jalan perdamaian antara mereka.
Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik dan serahkan kepada Allah,” katanya.
Mengulas mengenai sama ada masih menyayangi suaminya itu, Fazura memilih untuk tidak membicarakan soal hati.
Saya tak boleh nak komen. Saya minta maaf,” ujarnya ketika ditemui selepas sebutan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini hari ini.
Dalam masa sama, ibu anak satu itu memaklumkan dia berada dalam keadaan baik walaupun berdepan kemelut rumah tangga.
“Kalau tanya perasaan saya ketika ini, saya tenang sahaja, Alhamdulillah.
Apa berlaku ini bukanlah perkara yang dijangka. Ini semua ketentuan Allah. Saya terima seadanya,” ujarnya.
Terdahulu, mahkamah menangguhkan kes permohonan perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu iaitu pada 7 Oktober depan.
Nur Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu di mahkamah sama. – HIBGLAM