‘Mama terkejut ada Marissa, rindu sangat’

KERINDUAN pelakon Abby Abadi untuk bertemu anak perempuannya iaitu Marissa Dania terubat apabila menerima kejutan istimewa daripada ahli keluarga.

Dalam video yang dikongsi dalam Instagram, Abby dilihat bersama anaknya Maria Danisha Hakim sebelum didatangi  Marissa.

Kata Abby atau nama Arbaiyah Abdul Manan, 46, niat asalnya untuk membuat kejutan kepada Maria namun sebaliknya dia yang menerima kejutan.

Nak terkejutkan Baby (nama panggilan Maria), Mama yang terkejut sebab ada Marissa. Abang (nama panggilan Danish Hakim) memang selalu ada di mana-mana.

“Lama tak jumpa anak mama yang seorang ini. Rindu sangat-sangat,” katanya.

Pada masa sama, Abby turut menasihati Marissa agar sentiasa meluangkan masa bertemu dengan ahli keluarga yang lain.

Terima kasih kerana datang meraikan baby semalam. Datang selalu okey. Daiyan, Dayana dan Darda semua rindu dan sayang adik (Marissa) sangat-sangat.

“Sangat-sangat sayang. Tidak berkurang walau sedikit pun,” katanya lagi.

Semalam Abby sekeluarga membuat kejutan sambutan hari lahir buat anaknya Maria dan dalam majlis itu turut dihadiri oleh bekas suaminya, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza.

Terdahulu Abby memberitahu dia tidak dimaklumkan Marissa keguguran anak pertama ketika kandungannya berusia enam bulan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok