MINAT melakukan aktiviti sukan tetapi risau jika berlaku tidak diingini.
Itu yang diluahkan Shila Amzah baru-baru ini mengenai kerisauannya sekiranya memilih untuk aktif dalam melakukan aktiviti sukan lasak seperti mendaki atau berkayak.
Sebab itu saya tak begitu bagus dengan alam. Sangat minat untuk mencuba aktiviti mendaki, perkhemahan atau berkayak.
“Tetapi sekarang sudah ada keluarga dan anak-anak, semua itu buat saya fikir.
Sebelum ini saya seorang yang sukakan cabaran tetapi sekarang tidak lagi. Kalau berlaku apa-apa pada saya, bagaimana suami dan anak-anak?” luahnya.
Berat betul kerisauan yang dirasakan Shila itu tetapi itulah dilema normal golongan wanita bergelar ibu dan isteri.
Mungkin beberapa tahun lagi Shila dapat lakukan semua aktiviti tersebut bersama keluarga? Siapa tahu kan.
Ada banyak aktiviti dan lokasi perkhemahan yang mesra kanak-kanak, janganlah kuburkan terus impian itu.
DIVA: Teruk juga Diva baca kecaman yang Jeslina Hashim terima tentang busana perkahwinannya baru-baru ini. Sabarlah ya.