GARA-GARA hantaran dibuat Elly Mazlein tentang gaya pengacaraan Jihan Muse yang dikatakan suka menyindir dan menggunakan nama bapa, netizen telah menyerang Instagram Jihan Muse.
Menerusi tinjauan HibGlam dalam Instagram Jihan, netizen dilihat meninggalkan kata-kata pedas buat pengacara program The Chosen One musim kedua itu.
Rata-rata netizen menzahirkan berkata naib juara Raja Lawak musim ketiga itu tidak seharusnya bersikap sinikal sewaktu mengacara.
Sangat membosankan dan menjengkelkan anda jadi hos. Tak habis-habis nak perli Haziq sebagai orang baru Astro. Dan kenapa nak perli Kak Lina (Elly Mazlein).
“Rancangan ini kebanyakannya ditonton kanak-kanak dan ibu bapa. Maka jadilah hos yang beradab, berhemah dan beretika. Hos yang tidak memerli orang lain dan menjadikan orang lain sebagai bahan lawak,” komen salah seorang netizen.
“Jadi pengacara memang kena banyak belajar. Ini tak habis-habis cari benda nak ‘membahan’ orang.
Penuhkan ilmu di dada, nampak cerdik bila berkata-kata. Sejak perli memerli, maaf Jihan saya dah tak tengok rancangan yang ada anda,” demikian antara komen netizen.
Terdahulu, semalam Elly Mazlein telah menyelar tindakan Jihan yang dikatakan cuba menyindirnya.
Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Instastory, Elly berkata semoga dia tidak menjadi pengacara yang suka memerli orang lain dan menjadikan fizikal serta nama bapa sebagai bahan lawak.
Elly juga sempat meninggalkan pesan buat pengacara Haziq Husni agar melakukan yang terbaik sebagai pengacara The Chosen One. – HIBGLAM