Meskipun belum bersedia menjalin hubungan cinta, anggota kumpulan NMIXX, Haewon mengakui mempunyai kriteria tertentu dalam mencari teman lelaki.
Ujar idola berusia 21 tahun itu, dia mengimpikan pasangan yang sentiasa membumi, tahu menghormatinya dan keluarga selain menolak pasangan yang terlalu obsesif.
“Saya belum bersedia lagi bercinta tetapi saya mahu lelaki yang rendah diri. Saya tidak suka lelaki suka menunjuk-nunjuk dan berusaha keras untuk kelihatan sempurna.
“Bagi saya, semuanya harus sederhana, jangan terlalu berlebihan dalam apa jua keadaan. Seseorang yang baik hati tetapi tidak terlalu obsesif,” ujarnya dalam satu rancangan temu bual.
Pun begitu, gadis jelita itu sekali lagi menegaskan dirinya masih terlalu muda untuk semua itu dan hanya mahu fokus membina karier buat masa ini. – HIBGLAM